.... Hendak menambah komen atau soalan di blog ini?

Jemput gunakan link "Komen Pembaca" di hujung setiap artikel untuk memberi komen dan pendapat tambahan. Jemput hantar soalan anda melalui Email atau Klik di sini.

.... Hendak Menjadi Jutawan?

XX kata mesti ada kabel. YY kata mesti ada modal. ZZ kata mesti ada kemahiran berniaga, produk yang bagus, pasukan yang mantap, perkhidmatan yang cemerlang dan lain-lain. Macam-macam perlu ada, nak mula dari mana?

Minggu lalu Harv Eker menyampaikan seminarnyabertajuk Millionaire Mind Intensive Seminar iaitu Seminar Intensif Minda Jutawan, bernilai USD3,000 seorang. Kata beliau, untuk menjadi seorang jutawan mesti bermula daripada minda kita. Contoh beliau, pemenang loteri (atau "nombor ramalan" di Malaysia!) akan kehabisan semua duit yang mereka menangi dalam sekelip mata kerana mereka tidak mempunyai minda jutawan.

Mungkin ada kebenaran dalam analisa beliau. Jika kita pandang orang yang gemar menggunakan perkataan "tak boleh", "entah", "susah", "payah", "nasib lah", "lantak lah", "malas", "malu", "alah" dan "siapa lah aku"...... berkemungkinan besar bukan jutawan.

Harv Eker dalam bukunya Secrets of the Millionaire Mind atau Rahsia Minda Seorang Jutawan menyenaraikan 17 perbezaan pemikiran orang kaya dan orang miskin. Untuk menjadi seorang jutawan, fahami dan amalkan cara pemikiran seorang jutawan......
1. Yang kaya yakin “saya menentukan hidup saya”.
Yang miskin yakin “saya mangsa keadaan”.

2. Yang kaya bermain permainan wang untuk menang.
Yang miskin bermain permainan wang untuk tidak kalah.

3. Yang kaya komited menjadi kaya.
Yang miskin hendak kaya.

4. Yang kaya berfikiran besar.
Yang miskin berfikiran kecil.

5. Yang kaya fokus pada peluang.
Yang miskin fokus pada halangan.

6. Yang kaya mengagumi orang yang kaya dan berjaya.
Yang miskin meluat orang yang kaya dan berjaya.

7. Yang kaya bergaul dengan orang yang berjaya dan bersikap positif.
Yang miskin bergaul dengan orang yang bersikap negatif.

8. Yang kaya senang hati mempromosi diri dan nilai mereka.
Yang miskin memandang negatif pada promosi dan jualan.

9. Yang kaya berasa diri mereka lebih besar daripada masalah.
Yang miskin berasa diri mereka lebih kecil daripada masalah.

10. Yang kaya menerima dengan gembira dan rasa layak.
Yang miskin menerima dengan segan dan rasa tidak layak.

11. Yang kaya memilih untuk dibayar berdasarkan keputusan.
Yang miskin memilih untuk dibayar berdasarkan masa.

12. Yang kaya berfikir “kedua-duanya”.
Yang miskin berfikir “salah satu”.

13. Yang kaya fokus pada nilai bersih kekayaan diri.
Yang miskin fokus pada pendapatan bekerja.

14. Yang kaya mengurus wang dengan baik.
Yang miskin tidak mengurus wang sebaik-baiknya.

15. Yang kaya pastikan duit bekerja keras untuk mereka.
Yang miskin bekerja keras untuk duit.

16. Yang kaya mengambil tindakan walaupun berasa takut.
Yang miskin membiarkan rasa takut menjadi halangan.

17. Yang kaya terus mencari ilmu dan membangun.
Yang miskin berfikir sudah cukup tahu.


NOTA PENTING = perbezaan di atas adalah analisa secara am (generalisation). Ia juga bukan membuat penilaian golongan mana yang lebih baik.

.... Pasukan Di Pejabat Kurang Bermotivasi

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Gallup Organisation, sekiranya kakitangan organisasi menjawab "YA" kepada semua soalan di bawah, maka mereka akan mempunyai motivasi tinggi bekerja di dalam suasana yang hebat.
Apa yang saya dapat?
1. Adakah saya tahu apa yang harapkan (diperlukan) daripada saya di pejabat?
2. Adakah saya mempunyai kelengkapan dan peralatan yang diperlukan untuk menjalankan kerja saya dengan baik?

Apa yang saya beri?
3. Dalam bekerja, adakah saya mendapat peluang setiap hari untuk membuat kerja yang saya cekap?
4. Dalam tujuh hari yang lalu, adakah saya menerima pengiktirafan atau pujian untuk kerja yang baik?
5. Adakah ketua saya atau sesiapa di pejabat yang mengambil berat tentang diri saya sebagai seorang insan?
6. Adakah sesiapa di pejabat yang menggalakkan pembangunan (kemajuan) saya?

Adakah saya mempunyai tempat di sini?
7. Dalam bekerja, adakah pendapat saya dipertimbangkan?
8. Adakah misi dan matlamat organisasi membuat saya berasa kerja saya penting?
9. Adakah rakan setugas saya komited untuk membuat kerja yang berkualiti tinggi?
10. Adakah saya mempunyai kawan rapat di pejabat?

Bagaimana kita semua boleh maju?
11. Di dalam tempoh enam bulan lalu, adakah sesiapa yang berbincang dengan saya tentang kemajuan saya?
12. Pada tahun yang lalu, adakah saya mempunyai peluang-peluang untuk belajar dan membangun?
Sekiranya jawapan mereka ialah "TIDAK", pengurusan organisasi mempunyai pilihan melaksanakan strategi yang sesuai untuk meningkatkan motivasi kakitangan dan motivasi syarikat. Duit adalah penting, namun kepuasan dan motivasi insan melangkaui duit.

Ulasan lanjut tentang kajian dan strategi di dalam buku "First, Break All the Rules: What the World's Greatest Managers Do Differently".

Kakitangan tidak meninggalkan syarikat,
mereka meninggalkan ketua atau pengurusan :(

.

.... Kena Goda Dengan Setiausaha Bos?

Sahabat saya menghantar email "apa nak buat kalau digoda setiausaha bos?". Saya tidak bertanya lanjut tentang umur setiausaha tersebut atau apa yang dimaksud "digoda".

Jangan mudah perasan apabila "digoda" setiausaha atau seorang wanita. Mungkin beliau seorang yang sangat peramah dan manja, namun tidak lebih daripada itu.

Secara amnya, hubungan sulit dengan setiausaha, anak atau keponakan bos adalah kawasan berduri yang penuh jerangkap samar. Langkah yang cerdik ialah menjaga hubungan profesional yang baik penuh hormat. Tidak timbul risiko yang boleh menjahanamkan kerjaya sendiri.

Perhubungan yang baik dengan setiausaha adalah sangat strategik (termasuk setiausaha pelanggan). Hormati mereka kerana mereka boleh membantu memudahkan kerja anda.

Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali :D
.

.... Pelanggan Menjerit Marah?

Pernah lihat pelanggan menjerit-jerit marah? Klik di sini untuk melihat pelanggan yang menjerit marah dan kakitangan syarikat yang hilang akal sama menjerit. Dalam kes ini, orang ramai akan menyimpulkan siapa salah? Pastinya kakitangan, kerana beliau melawan.

Pelanggan menjerit untuk minta perhatian. Jadi beri tumpuan sepenuhnya. Elakkan dari tersengih-sengih atau membuat muka benci. Dengar apa yang beliau katakan dan pandang matanya dengan pandangan empati.

Beri sedikit ruang kepadanya untuk melepaskan perasaan. Selepas seketika, tunggu beliau menarik nafas dan gunakan peluang untuk menyelit dan berkata dengan profesional "boleh saya bertanya?". Sekiranya pelanggan memberi kebenaran, gunakan teknik pertanyaan untuk memahami perkara sebenar dan membantu menyelesaikan perkara berbangkit.

Jika terasa nak jerit balik.... segera ketap gigi, tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan, tahan nafas seketika dan hembus nafas perlahan-lahan.

Elakkan strategi "sabar ajer ler", iaitu menahan diri sendiri daripada bertindak melulu namun pada masa yang sama tidak mengambil apa-apa langkah proaktif.

Sabar itu separuh daripada Iman, "Ajer ler" tidak ada dalam Al-Quran :D
.

Soalan yang akan dijawab beransur-ansur

Terimakasih kepada teman-teman yang telah menghantar berbagai soalan. Berikut antara soalan yang akan dijawab dan dibincangkan. Pengumpulan soalan diteruskan! Jemput tambah soalan dengan tambah di Komen atau hantar Email :D

Apa nak buat kalau atau "What to do if"....

- the boss does not know much
- the boss does not train me
- I do not like some parts or functions of my job
- the people in the organisation are very political
- I do not know what to say in meetings
- Kerja yg dibuat salah
- Tidak ada kerja
- Stress
- Kerja banyak, yang mana satu hendak di buat dulu
- you are in a job you don't like but have no other choice
- the boss keeps giving you additional tasks eventho there's other staff that can do it.
- orang dengki kat kita bila kite buat a good job as required tapi org ingat kite nak bodek boss
- you or your colleagues are not a team player
- your boss tak suka kat you and really make it apparent to other people
- you tak suka boss you
- boss you miang!!!!!!???
- bos saya jatuh hati dengan saya?
- saya tidak dibekalkan dengan keperluan ICT yang canggih?
- Internet di office saya lembat cam siput?
- Bos saya selalu datang ke office jam 12 dan pulang jam 3?
- kerja pending 60% tapi deadline hari esok pagi jam 9?
- Saya rasa nak berhenti kerja... tapi saya sayang nak tinggalkan compony sekarang?
- clueless on what was said
- do not understand what the organisation is doing
- my colleagues do not want to teach me
- don't know how to answer
- afraid to ask questions
- feel lost
- intimidated with my supervisor
- no one wants to talk to me
- how to start a conversation
- my colleagues are not friendly
- my colleagues likes to gossip
- why are people staring at me
- kena marah bos
- takut kena marah bos
- bos marah tanpa sebab
- tidak tahu bagaimana nak buat kerja
- tidak ada kerja untuk dibuat di pejabat
- rasa susah hati
- malas bekerja
- no idea what to do in life
- don't know what to say at function
- bos menggatal
- bos selalu ajak makan berdua aje
- malu nak bagi idea
- takut idea kita ditertawakan
- susah nak close sales
- tak tau nak buat presentation
- tak tau guna Microsoft Office
- office mate tak beri kerjasama
- tak ada orang nak tunjuk ajar
- not motivated
- rasa rendah diri yang keterlaluan
- tak ada self confident
- low self-esteem
- too much works assigned to me
- someone claimed my idea his/hers
- fakta yang bos berikan dalam meeting salah
- gaji kecik
- tempat kerja jauh dengan rumah kita/ibubapa
- tak ade kenderaan nak pergi kerja
- kena jumpa orang besar.. dato' ke Tan sri ke
- kena buat presentation
- nak mulakan berkawan dengan rakan sekerja
- kena lead satu event
- pakaian yg sesuai (grooming)
- punctuality/ketepatan masa
- nak nampak berkarisma, confident
- not able to speak english well
- shy to speak up
- demanding for good benefits, fast promotion
- boss yang buat salah tapi kita yang dipersalahkan
- dah pukul 6 petang tapi keje belum siap
- kita yang salah tapi orang lain yang dipersalahkan
- boss call selepas pukul 6 petang pada hari Ahad
- kita dah lambat 10 minit ke meeting penting
- kita tak sehaluan dengan visi dan keputusan boss atau syarikat
- kita dibayar gaji lumayan tapi tidak ada "job satisfaction"
- kita dibayar sedikit tapi ada "job satisfaction"
- kita dibayar sedikit dan tak ada "job satisfaction" tetapi tiada peluang kerja tempat lain
- pada hari pertama kerja dah kene marah dengan boss
- communicate/ bersosial dgn superior
- ada idea tapi tk tahu mcmn nak sampaikan
- i nak semua org kenal saya
- bullied or backstab by colleagues
- not appreciated by boss
- boss gives unreasonable deadlines
- poor time management
- too many assignments in such a short time
- nature of job not related to the qualifications
- sexual harassment in the workplace
- takut nak pegi mengadap bos (takut kena marah)
- tak tahu apa nak tanya
- dapat colleague/senior yang jenis tak ambik peduli
- gaji sekarang kecik.
- Dapat offer baikkk punya kat company lain, tapi keja style gomen (not multitasking).
- Dapat keja di company takde tempat solat dan tak di beri masa utk solat
- Kena goda dengan secretary boss…
.

Penafian @ Disclaimer

NOTA PENAFIAN PENTING (DISCLAIMER)

Jawapan yang diberi di blog ini hanyalah cadangan penulis dan pembaca.

Sila rujuk kepada pakar yang berkenaan untuk nasihat sepenuhnya.


Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian.

.